Langit yang Sama

Langit Yang Sama merupakan album studio kedua oleh penyanyi dan pelakon wanita Indonesia, Naura Ayu yang diterbitkan pada 11 Mac 2016. Album ini dikeluarkan oleh label Trinity Optima Production, album ini digubah sepenuhnya oleh Mhala dan Tantra Numata, terdiri daripada 9 buah lagu. Single pertama dalam album ini ialah "Untuk Tuhan", lagu ini mengisahkan tentang permohonan seorang anak kepada Tuhan untuk mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapanya, lagu ini dinyanyikan dengan sangat manis oleh Naura dengan susunan muzik yang dibuat oleh pemuzik muda Indonesia, Tantra Numata berbalut dalam String Arrangements oleh Ava Victoria.Diikuti dengan single kedua, "Bully", mengisahkan seorang kanak-kanak yang suka mengusik dan mengganggu rakan-rakannya sehingga dia tidak disenangi. Lagu ini menggambarkan bahawa Bullying adalah perbuatan yang sia-sia. Dan memberi semangat kepada mereka yang di-bully supaya berani menyatakan tidak suka atau menolak perlakuan biadap rakan dengan melawan secara positif. Dalam memasarkan album ini, Naura bekerjasama dengan CFC yang akan mengedarkan album ini secara rasmi dan album ini hanya akan dijual di CFC seluruh Indonesia.